Jumat, 31 Januari 2014
VIDEO Samun Di Johor Bharu Hanya 4 Saat…Rekod Dunia Dah Ni!

Tahukah anda…peragut bermotosikal hanya memerlukan sekitar 4 saat sahaja untuk memecahkan cermin kereta anda dan mencuri beg tangan atau apa sahaja barang berharga anda yang lain.
Laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign hari ini berkongsi video kejadian ragut di jalanraya melibatkan pasangan suami isteri warga Singapura.
Kejadian berlaku pada 3 September lepas di Johor Bahru pada pukul 5.47 petang melibatkan dua orang lelaki menaiki motosikal.
Menurut laporan akhbar Singapura The News Paper tentang kes itu, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan pasangan suami isteri itu trauma malahan mereka kini sudah tidak berasa selamat walaupun ketika berada di rumah sendiri.
Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fie, 41, dan Muka, 42, berada di dalam kereta di Johor Bahru apabila dua lelaki bermotosikal memecahkan tingkap sisi penumpang dan mencuri beg tangan, kad pengenalan Fie dan juga kunci rumah pangsa mereka di Bukit Batok, Singapura.
Pasangan itu kini trauma dan bimbang penyamun berkenaan akan datang merompak pula rumah mereka di Singapura.
Sejak kejadian itu, pasangan itu terpaksa menghantar anak mereka ke rumah saudara mara buat sementara waktu demi keselamatan mereka.
Video selama 41 saat itu pada mulanya menunjukkan rakaman kamera bahagian belakang kereta di mana kedua-dua suspek sedang menghampiri dengan menggunakan sebuah motosikal.
Kemudian, hanya kedengaran bunyi cermin di sebelah penumpang hadapan dipecahkan dan kemudian si penyamun pantas melarikan beg tangan mangsa, menaiki motosikal dan terus melarikan diri.
Oleh : IBNU K
Kamis, 30 Januari 2014
kebaikan teh yang perlu anda ketahui
ANDA penggemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-
1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.
4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E.
5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan.
8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser.
Rabu, 01 Januari 2014
RCI diberitahu pendatang India jadi anggota Rela terima BR1M
Oleh Mohd Farhan Darwis June 17, 2013
Pendatang asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.
Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalan pada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.
Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.
"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.
"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.
Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.
"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil. "Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.The Malaysian Insider
Tidak pernah mendaftar sebagai pengundi tapi nama ada dalam daftar pemilih
|
SPR: Salah daftar pengundi tanpa pengetahuan mereka
Undang-undang tidak membenarkan seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pemohon mesti menandatangani sendiri borang permohonan dan menyertaikan salinan kad pengenalan mereka.
Beliau mengulas dakwaan seorang bapa Tiruchelvam Vallipuram, yang mengadu nama anak perempuannya ada di daftar pemilih walaupun dia tidak pernah mendaftar.
Menurut Tiruchelvam, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu apabila menerima kad ucapan Deepavali tahun lepas dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang menandatanganinya sebagai pengerusi BN Selangor.
Ia juga mengandungi butiran pengundian untuk anak perempuan berusia 22 tahun itu, seperti daerah mengundi dan kawasan pilihan raya.
"Anak perempuan saya belajar di India. Dia pergi ke sana sebelum 21 tahun dan dia pasti tidak dapat didaftarkan sebagai pengundi.
"Saya menyemak lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memeriksa sama ada dia telah didaftarkan," kata Tiruchelvam .
Semakannya itu mengesahkan bahawa anak perempuannya itu adalah layak untuk mengundi dalam bahagian pilihan raya negeri Subang Jaya dan kawasan pilihan raya Parlimen Kelana Jaya, yang kedua-duanya diwakili oleh Pakatan Rakyat.
Tiruchelvam berkata beliau menghubungi anaknya mengenai perkara itu dan anaknya mengesahkan bahawa dia tidak pernah mendaftar sebagai pengundi.
Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta Tiruchelvam memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan anak perempuannya itu untuk membolehkan SPR menyemak borang permohonannya yang disimpan oleh suruhanjaya tersebut.
"Memang ada aduan seperti ini tapi sedikit saja, apabila ditunjukkan borang permohonan menjadi pengundi, baru mereka memahaminya (apa yang berlaku)," katanya dalam jawapan melalui SMS kepada Malaysiakini semalam.
"Eloklah SPR semak dulu untuk mengetahui kedudukannya. Kalau sah berlaku penipuan, boleh diambil tindakan yg lain, mungkin membuat laporan polis," katanya.

Langganan:
Komentar (Atom)